Wednesday, November 6, 2013

Soleh untuk Solehah


 
“Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
 
“Pernah lah,” jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
 
“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”
 
“Aku akan berdoa dalam hati… “Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” ” jawab saya.
 
“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.
 
 
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya. Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
 
 
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
 
 
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa ikatan nikah! Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
 
 
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
 

Sunday, October 27, 2013

5 tips mudah memulakan perniagaan anda


Anda tahu tak sebenarnya nak bisness ni senang je? Tak perlukan modal besar pun. Mula dengan kecil-kecilan. Lepas, tu bila dah confident, barulah besarkan perniagaan.
 

Jadi, kenapa perlunya kita mempunyai bisness? Pertama, bisness ni kan sunnah nabi. Kedua, dapat duit poket tambahan, hidup lebih selesa dan dapat beribadah dengan tenang. Ketiga, dapat menyumbang lebih kepada Islam seperti Abdul Rahman Auf dan sahabat-sahabat yang lain seterusnya menjadi 'pencen' kubur kita di akhirat sana...

Nak tahu apa tips mudah berbisness?
Jom kita baca sama-sama.

Thursday, October 17, 2013

7 checklist


 
Setiap peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT membawa kebaikan kepada manusia dan seluruh isi alam semesta. Begitu juga halnya dengan menutup aurat.
Di dalam Al-quran terdapat beberapa ayat yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat. Ia dijelaskan dan diperkuatkan lagi oleh hadith-hadith Rasulullah tentang batas-batas aurat. Kemudian, dibincangkan pula dengan teliti oleh para ulama. Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang definasi aurat dikalangan mereka, namun kewajipannya telah disepakati.
Realiti masyakat Islam pada hari ini terutamanya golongan Muslimah seperti tidak memahami konsep menutup aurat menurut Islam yang sebenar. Mereka menyangka telah menutup aurat dengan sempurna, padahal mereka hanyalah berpakaian dan berfesyen mengikut trend.
Oleh itu, marilah kita memahami dengan sebenarnya bagaimanakah yang dikatakan dengan menutup aurat menurut syariat? Inilah dia’ 7 checklist’ yang mesti anda patuhi sebelum keluar dari rumah.

Bersambung…..
 

Wednesday, February 6, 2013

Pohon tak berbuah


 
Suatu pagi di sebuah cafĂ© bersama seorang sahabat…
Kawan  :Maju nampak bisnes awak. Dah bayar zakat ke?
Saya     : Zakat perniagaan? Tak payah kot. Lagipun kita bisness kecil-kecilan je.

Kawan  : Awak pasti ke? Awak ada catat ke duit keluar masuk? Untung rugi? (¬_¬)
Saya      : Err..tak pernah (-_-;)(berpeluh!)
 
Kawan  : Lebih baik awak pastikan betul-betul. Bab-bab zakat ini la yang manusia selalu terleka dan terlupa tentang kewajipannya. Kadang-kadang kita ambil mudah dan sambil lewa sahaja. Padahal, azab bagi mereka yang cukup syarat wajib tetapi meninggalkannya sangatlah pedih.
Saya      : (v_v)(terdiam)
 
Betul juga kata sahabat saya. Tak pernah terfikir pula nak bayar zakat dengan untung yang tak seberapa ini. Ish3x. Betapa jahilnya diri.
Banyak benda yang kadang-kadang kita terlepas pandang dalam hidup ini. Sebab itu kita memerlukan sahabat yang sentiasa menegur dan mengingatkan kita. Dan yang paling penting, kita jangan berhenti dan jemu untuk menambah ilmu pengetahuan kita yang sememangnya cetek.
Pasal bab zakat ni, bukannya tak pernah belajar waktu sekolah dulu. Tapi disebabkan ilmui tu tak dipraktikkan, ia hilang begitu sahaja. Ilmu dan amal adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Bab kata pepatah, ‘Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.’
Kalau tanya saya sekarang apa syarat wajib zakat, saya memang tak boleh nak jawab. Tapi tak mengapa, ustaz GOOGLE kan ada? Jom kite sama-sama belajar bab zakat.

Thursday, December 13, 2012

Itu Rahsia Allah

 
Suatu ketika di sebuah butik...
 
Pelanggan : Cantik nyer baju ni..
Penjual      : Memang cantik pun. Sesuai untuk ke majlis perkahwinan.


Pelanggan : Eh, macam mane awak tahu yang saya nak pergi kenduri kahwin?
Penjual      : Saya agak je. Ni muka berseri-seri. Mesti awak tak lame lagi.

 
Pelanggan : Haha...ni taktik nak tarik pelanggan ke?
Penjual      : Tak ade la, saya ikhlas ni doakan awak.

 
Pelanggan : Hmm...(mengeluh) bile la jodoh saya nak sampai..(-_-!)
Penjual      : Jangan risau cik. Soal jodoh itu kan rahsia Allah. Bila Allah kata belum, bukan bermaksud tidak akan..bila Allah kata ya, bukan bermaksud tanpa ujian..tapi bila Allah kata BERDOALAH!!, nescaya dia akan perkenankan. (^_^)


Pelanggan : Dan bila Allah kata inilah masanya, masa tu akan saya kahwin. (*^_^*)
Penjual      : Betul tu! Setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Saya doakan awak bertemu jodoh yang terbaik pada waktu yang terbaik.


Pelanggan : Aminnnn!!
Penjual      : Errrr...jadi cik ni nak beli baju yang mana satu? (tersenyum).