Thursday, July 31, 2014

Be Awesome



"Macam mana oncall malam tadi? Sibuk ke?
"Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.

Oncall malam tadi terasa lain sangat. Entahlah..terasa segala urusan berjalan dengan lancar dan mudah. Pesakit- pesakit tidur dengan lena, ward tenang setenang-tenangnya.

Apa rahsianya agaknya? 
Jom kita selongkar rahsianya....



Friday, April 18, 2014

Dengan namaMu yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Pada suatu hari di sebuah hospital..

Doktor  : Uncle, saya nak masukkan jarum ni. Tahan sikit ye.
Uncle    : OK. Tapi itu mau buat slow2. Manyak sakit woo..

Setelah mencucuk jarum, tiba2… (-_-!) (Alamak, bengkak pulak!!)

Doktor  : Minta maaf uncle. Saya cube sekali lagi ye…
Uncle    : Aiyaa!!! Itu la kamu, tak mau baca Bismillah dulu..
Doktor  : (O_o!)(Err..pandai pulak uncle ni.) 
              Insaf dan malu
Doktor : Baiklah uncle. Kali ini saya baca Bismillah.

Dengan lafaz Bismillah, jarum pun dimasukkan. Percubaan kali kedua berjaya! Alhamdulillah.

Wednesday, November 27, 2013

Rumpu Oh Rumput!


 
Kisah sehelai rumput...
Suatu ketika, seorang guru yang bijaksana sedang berteduh di bawah sepohon pokok yang agak besar dan rendang. Bersamanya seorang pelajar yang masih muda tetapi gemar bertanya dan mengutip pengalaman daripada yang lebih berusia darinya.
 
“Guru, bagaimana kita dapat mencari pasangan hidup yang sejati? Bolehkah guru membantu saya?” Tiba-tiba pelajar itu menyoal.
Sang guru tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung jauh ke tengah kehijauan padang.
“Wahai muridku, saya akui soalanmu ini amat indah untuk dicerna, namun sukar untuk dilaksana....” Sang guru membuka bicara.
“Cuba kamu lihat padang yang luas itu. Terdapat banyak rumput di atasnya. Bagaimana kalau saya meminta kamu berjalan di sana, tetapi kamu tidak dibenarkan untuk mundur semula. Hanya berjalan terus, maju ke hadapan. Dalam perjalananmu itu, saya mahu kamu mencari sehelai rumput paling cantik, ambil dan berikan kepada saya.”Sang guru mengarahkan.
 
Tanpa banyak bicara, pelajar itu menurut. Langkahnya diatur ke tengah padang yang luas. Dia berjalan sambil matanya melilau mencari sehelai rumput paling cantik menurut perkiraannya untuk diberikan kepada sang guru.
Namun, selang beberapa ketika…

Wednesday, November 20, 2013

5 jenis pemakaian hijab #2



2. Tudung segi empat/ tudung bawal

Tudung segi empat atau juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti tudung 'bawal' memang tidak asing lagi di negara kita.

Material yang digunakan biasanya adalah dari kain bawal yang digredkan mengikut nombor (1,2). Terdapat juga pilihan material lain seperti cotton atau polyester yang lebih lembut. Saiznya pula dibezakan mengikut ukuran inchi seperti bidang 45", 50" dan 60". Kebiasaanya, ia akan diserikan dengan hiasan manik dan sulaman bunga-bungaan.

Kelebihan dan kekurangan tudung segi empat bergantung kepada material yang digunakan dan citarasa pengguna itu sendiri sama ada mahu tebal atau nipis, ringan atau berat, mudah dibentuk atau tidak.

Secara umumnya, tudung segi empat sangat mudah dipakai dan digayakan. Hanya perlukan pin/brooch. Ia juga tidak lapuk ditelan zaman dan sesuai untuk semua peringkat umur sama ada untuk ke majlis formal ataupun hanya sekadar ke pasar malam.

 

Saturday, November 9, 2013

5 jenis pemakaian hijab #1

Terdapat pelbagai jenis fesyen hijab/tudung pada masa kini. Semua itu tidak menjadi masalah asalkan cara pemakaiannya menutup aurat dengan sempurna berlandaskan syariat islam. Oleh itu, mari kita terokai 5 jenis pemakaian hijab tersebut.
 
 
 
1. Tudung awning/ tudung express
Terdapat 2 jenis awning iaitu keras dan lembut. Material yang digunakan kebiasaanya adalah lycra dan chiffon. Ia boleh didapati dalam pelbagai design seperti 'butterfly/twist' , 3 layer dan lain-lain. Ia juga mempunyai pelbagai saiz bermula dari s-xxl.
Kelebihan:
Mudah, cepat dan ringkas. Hanya perlu sarungkan sahaja. Tidak perlu pin dan berbelit-belit. Sesuai untuk mereka yang sibuk dan mempunyai masa yang terhad tetapi masih mahu bergaya.
 
Kekurangan:
Cara penggayaan yang terhad mengikut design yang telah ditetapkan. Tiada kreativiti bergaya.
 Hard awning- Awning haruslah dijaga dengan baik untuk mengekalkan bentuknya. Elakkan membasuh dengan mesin tetapi sebaiknya menggunakan tangan. Ia juga agak sukar untuk dibawa solat kerana awningnya yang keras.
Soft awning- Jenis material yang boleh digunakan adalah terhad.