Friday, April 18, 2014

Dengan namaMu yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Pada suatu hari di sebuah hospital..

Doktor  : Uncle, saya nak masukkan jarum ni. Tahan sikit ye.
Uncle    : OK. Tapi itu mau buat slow2. Manyak sakit woo..

Setelah mencucuk jarum, tiba2… (-_-!) (Alamak, bengkak pulak!!)

Doktor  : Minta maaf uncle. Saya cube sekali lagi ye…
Uncle    : Aiyaa!!! Itu la kamu, tak mau baca Bismillah dulu..
Doktor  : (O_o!)(Err..pandai pulak uncle ni.) 
              Insaf dan malu
Doktor : Baiklah uncle. Kali ini saya baca Bismillah.

Dengan lafaz Bismillah, jarum pun dimasukkan. Percubaan kali kedua berjaya! Alhamdulillah.


Mulakanlah setiap pekerjaan yang dilakukan dengan lafaz bismillah walau sekecil-kecil pekerjaan sekalipun, kerana disitulah terdapat keberkatannya. Dan akhirilah pekerjaan tersebut dengan kalimah Alhamdulillah sebagai tanda syukur kita pada Allah S.W.T atas kelancaran dan pertolongan yang diberikan olehNya.

            Menyebut lafaz Bismillah merupakan satu doa yang menjadi amalan sunnah Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Mulai perbuatan baik dengan bismillah, agar kebaikan itu sempurna.” (HR. Abu Dawud)
Sekiranya non-muslim pun sedar akan kelebihannya, kita sebagai ummat Islam, sepatutnya lebih bersungguh-sungguh untuk mengamalkannya. Jadi, JOM kita sama-sama amalkan sunnah Rasulullah yang mudah ini! 
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. (3:31)


No comments:

Post a Comment