Thursday, December 13, 2012

Itu Rahsia Allah

 
Suatu ketika di sebuah butik...
 
Pelanggan : Cantik nyer baju ni..
Penjual      : Memang cantik pun. Sesuai untuk ke majlis perkahwinan.


Pelanggan : Eh, macam mane awak tahu yang saya nak pergi kenduri kahwin?
Penjual      : Saya agak je. Ni muka berseri-seri. Mesti awak tak lame lagi.

 
Pelanggan : Haha...ni taktik nak tarik pelanggan ke?
Penjual      : Tak ade la, saya ikhlas ni doakan awak.

 
Pelanggan : Hmm...(mengeluh) bile la jodoh saya nak sampai..(-_-!)
Penjual      : Jangan risau cik. Soal jodoh itu kan rahsia Allah. Bila Allah kata belum, bukan bermaksud tidak akan..bila Allah kata ya, bukan bermaksud tanpa ujian..tapi bila Allah kata BERDOALAH!!, nescaya dia akan perkenankan. (^_^)


Pelanggan : Dan bila Allah kata inilah masanya, masa tu akan saya kahwin. (*^_^*)
Penjual      : Betul tu! Setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Saya doakan awak bertemu jodoh yang terbaik pada waktu yang terbaik.


Pelanggan : Aminnnn!!
Penjual      : Errrr...jadi cik ni nak beli baju yang mana satu? (tersenyum).

Saturday, June 23, 2012

Hamba Berjiwa Besar


 
LUBAINA. Nama yang tercatat pada IC. Ringkas tetapi jarang didengar. Orang selalu bertanya, "Apa maksud Lubaina?" Saya akan menjawab, "Lubaina adalah nama seorang Sahabiyah". Jadi, apa kisah hidup beliau?
Soalan yang tidak pernah saya tahu jawapannya sehinggalah pada suatu hari ketika saya menghadiri kuliyah bersama Professor X.
 
Prof. X   : Saya nak mulakan kelas dengan taa'ruf. Jadi, sila perkenalkan diri.           
Saya      : Nama saya Lubaina.


Prof. X   : Hmm. Unik nama tu. Apa maksudnya? 
Saya      : Mak saya kata, itu nama seorang sahabiyah.


Prof. X   : Menarik. Tak pernah pula dengar kisah beliau. Boleh kongsikan?
Saya      : Errr....sebenarnya Prof, saya pun tak tahu...hehe.

 
Prof. X   : Lihat, rupa-rupanya banyak lagi kisah para sahabat yang kita tidak tahu. Padahal, para sahabatlah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW. Sirah perjuangan merekalah yang harus kita pelajari dan teladani.
Saya      :  (#^.^#) (malu!)


Prof. X   : Kalau bab artis, sampai isu rumah tangga pun kita nak ambil tahu.
Saya      :  (T_T) (insaf!)