Wednesday, February 6, 2013

Pohon tak berbuah


 
Suatu pagi di sebuah cafĂ© bersama seorang sahabat…
Kawan  :Maju nampak bisnes awak. Dah bayar zakat ke?
Saya     : Zakat perniagaan? Tak payah kot. Lagipun kita bisness kecil-kecilan je.

Kawan  : Awak pasti ke? Awak ada catat ke duit keluar masuk? Untung rugi? (¬_¬)
Saya      : Err..tak pernah (-_-;)(berpeluh!)
 
Kawan  : Lebih baik awak pastikan betul-betul. Bab-bab zakat ini la yang manusia selalu terleka dan terlupa tentang kewajipannya. Kadang-kadang kita ambil mudah dan sambil lewa sahaja. Padahal, azab bagi mereka yang cukup syarat wajib tetapi meninggalkannya sangatlah pedih.
Saya      : (v_v)(terdiam)
 
Betul juga kata sahabat saya. Tak pernah terfikir pula nak bayar zakat dengan untung yang tak seberapa ini. Ish3x. Betapa jahilnya diri.
Banyak benda yang kadang-kadang kita terlepas pandang dalam hidup ini. Sebab itu kita memerlukan sahabat yang sentiasa menegur dan mengingatkan kita. Dan yang paling penting, kita jangan berhenti dan jemu untuk menambah ilmu pengetahuan kita yang sememangnya cetek.
Pasal bab zakat ni, bukannya tak pernah belajar waktu sekolah dulu. Tapi disebabkan ilmui tu tak dipraktikkan, ia hilang begitu sahaja. Ilmu dan amal adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Bab kata pepatah, ‘Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.’
Kalau tanya saya sekarang apa syarat wajib zakat, saya memang tak boleh nak jawab. Tapi tak mengapa, ustaz GOOGLE kan ada? Jom kite sama-sama belajar bab zakat.