Saturday, June 23, 2012

Hamba Berjiwa Besar


 
LUBAINA. Nama yang tercatat pada IC. Ringkas tetapi jarang didengar. Orang selalu bertanya, "Apa maksud Lubaina?" Saya akan menjawab, "Lubaina adalah nama seorang Sahabiyah". Jadi, apa kisah hidup beliau?
Soalan yang tidak pernah saya tahu jawapannya sehinggalah pada suatu hari ketika saya menghadiri kuliyah bersama Professor X.
 
Prof. X   : Saya nak mulakan kelas dengan taa'ruf. Jadi, sila perkenalkan diri.           
Saya      : Nama saya Lubaina.


Prof. X   : Hmm. Unik nama tu. Apa maksudnya? 
Saya      : Mak saya kata, itu nama seorang sahabiyah.


Prof. X   : Menarik. Tak pernah pula dengar kisah beliau. Boleh kongsikan?
Saya      : Errr....sebenarnya Prof, saya pun tak tahu...hehe.

 
Prof. X   : Lihat, rupa-rupanya banyak lagi kisah para sahabat yang kita tidak tahu. Padahal, para sahabatlah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW. Sirah perjuangan merekalah yang harus kita pelajari dan teladani.
Saya      :  (#^.^#) (malu!)


Prof. X   : Kalau bab artis, sampai isu rumah tangga pun kita nak ambil tahu.
Saya      :  (T_T) (insaf!)
 
Hari ini kalau orang tanya soalan yang sama, saya boleh jawab dengan yakin, “Begini ceritanya.......,”. Senyum puas.

Lubaina was a slave girl whom Umar, before accepting Islam, used to beat mercilessly till he himself became exhausted.
Umar said, "I have not stopped out of pity, but because I am tired!" Lubaina held on strongly to her belief and said after her severe beating, "If this does not persuade you, Allah shall revenge me!"
Source: (Muhammad (Pbuh) The Benefactor of Humanity [Pg. 140] (Muhsin-e-Insaniyat) by Nayeem Siddiqi)

Hebat rupanya seorang sahabiyah yang jarang didengari namanya ini. Semoga kisahnya menjadi motivasi untuk diri ini menjadi setabah dan sekuat beliau.
Terima kasih Prof, kerana menyedarkan dan memberi inspirasi kepada saya untuk mengenali sahabat-sahabat Rasulullah dengan lebih dekat. Bukankah kita mengaku yang kita ini cintakan Nabi? Ayuh kita ambil iktibar dari sirah perjuangan mereka.


No comments:

Post a Comment