Monday, December 5, 2011

Dinner ke Usrah?

Suatu petang yang hening…
“Jamuan ‘study group’ kita tak jadi buat hari Khamis ye, sebab ada yang tak dapat datang,” kata Zainab.
“Siapa yang tak dapat datang?” kami bertanya.
“Intan.”
Pandangan kami tertumpu kearah Intan. “Errr…saya ada usrah malam tu,” jawab Intan serba salah.
“Oowh.”
“Jadi, kita buat malam Rabu boleh?” cadang Zainab.
“Aku tak boleh. Aku ada usrah malam tu,” Aiman mencelah.
“Kalau macam tu, apa kata malam ni?” cadang Zainab lagi.
“Tak boleh! Saya ada usrah malam ni!” jawab Syafina penuh semangat.
Masa dah semakin suntuk. Tinggal beberapa hari saja lagi kami akan menduduki peperiksaan akhir. Selepas itu, kami semua akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti. Harapnya jamuan kali ini dapat memberi memori indah buat kami sebelum kami  berpisah.
“Hmmm..hari apa lagi yang sesuai..,” keluh Zainab selaku ketua kumpulan.
Inilah ahli ‘study group’ saya. Masing-masing komited dengan tarbiyah walaupun sibuk dengan tugasan kuliyah dan ‘assignment’. Best kan? Jauh di sudut hati, saya sangat kagum dengan mereka.
Tiba masa untuk muhasabah diri sendiri. “Bila pula usrah saya minggu ni?”
‘Tarbiyah memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah!’
 

No comments:

Post a Comment