Thursday, July 31, 2014

Be Awesome



"Macam mana oncall malam tadi? Sibuk ke?
"Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.

Oncall malam tadi terasa lain sangat. Entahlah..terasa segala urusan berjalan dengan lancar dan mudah. Pesakit- pesakit tidur dengan lena, ward tenang setenang-tenangnya.

Apa rahsianya agaknya? 
Jom kita selongkar rahsianya....




Kesibukan bekerja kadang- kadang membuatkan kita selalu lalai dan leka daripada melakukan ibadah- ibadah taybiyah pembersihan hati, yang sememangnya amat penting untuk kita sebagai manusia, lebih- lebih lagi sebagai da'ie. Tetapi, ia tidak seharusnya dijadikan alasan. Sesibuk mana pun kita, lagi sibuk junjungan kita, Muhammad SAW. Beliau, merupakan utusan Allah, pemimpin negara, imam, ketua keluarga, suami dan juga bapa kepada anak-anak beliau.

Jika tarbiyah pembersihan hati ini tidak dilakukan dengan konsisten, jiwa kita akan kosong dan kering kontang, lalu segala nasihat dan peringatan tidak akan berbekas lagi di hati.

 Kata Sheikh Ibn Ata'illah: 

"Sebahagian daripada tanda matinya hati iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika berbuat sesuatu dosa"

Nauzubillahimin zalik
Jika ini sudah terjadi, maka bersegeralah, bertaubat memohon keampunan pada Allah

Kata Iman Ghazali:


"Carilah hatimu di 3 tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai hati."

Cubalah menjadikan kelaziman, membaca al-quran dan al-mathurat setiap hari terutamanya di waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Insya Allah, anda akan dapati kemudahan dalam setiap urusan yang anda lakukan sepanjang hari tersebut.
Jika tidak dapat satu muka, maka setengah muka pun jadilah. Jika tidak sempat sangat, maka pasanglah ayat al-quran di dalam kereta.  Membaca dan mendengar al-quran sambil memandu kereta. 3 in 1 !!

Cubalah dan rasai kelainannya!!
BE AWESOME!

No comments:

Post a Comment