2. Tudung segi empat/
tudung bawal
Tudung segi empat atau juga
dikenali dengan pelbagai nama lain seperti tudung 'bawal' memang tidak asing
lagi di negara kita.
Material yang digunakan
biasanya adalah dari kain bawal yang digredkan mengikut nombor (1,2). Terdapat
juga pilihan material lain seperti cotton atau polyester yang lebih lembut.
Saiznya pula dibezakan mengikut ukuran inchi seperti bidang 45", 50"
dan 60". Kebiasaanya, ia akan diserikan dengan hiasan manik dan sulaman
bunga-bungaan.
Kelebihan dan kekurangan
tudung segi empat bergantung kepada material yang digunakan dan citarasa
pengguna itu sendiri sama ada mahu tebal atau nipis, ringan atau berat, mudah
dibentuk atau tidak.
Secara umumnya, tudung segi
empat sangat mudah dipakai dan digayakan. Hanya perlukan pin/brooch. Ia juga
tidak lapuk ditelan zaman dan sesuai untuk semua peringkat umur sama ada untuk
ke majlis formal ataupun hanya sekadar ke pasar malam.
No comments:
Post a Comment