“Suhana, kau pernah minat
pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
“Pernah lah,” jawab saya.
Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
“Kalau kau suka, kau akan
buat apa?”
“Aku akan berdoa dalam
hati… “Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah
dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” ” jawab
saya.
“Oh…” terdiam seketika
kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti
pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan
dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut.
Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu
mencalarkan maruah diri dan sebagainya. Jangan jadi manusia
terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah
seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti
bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah
itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan
anda.
Seringkali kerisauan
mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina
yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa ikatan nikah! Atas alasan takut diri
tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima
tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh
tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara
diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun,
jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah
bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui,
jodoh tidak akan datang bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu
bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin
‘boyfriend’ anda sekarang pasti meminang anda atau tidak? Dan akhirnya pasti kalian
menjawab, “terserah pada Allah, moga inilah jodohku..” Nah, akhirnya anda sendiri
akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian
yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga
bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian
sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang
soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti
perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini
mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada
dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya. Tuntasnya, saya mahu
mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan
cara yang paling diredhai oleh Allah. Berpacaran bukanlah jalan
terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak
kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian dengan
izin Allah.
Mahu pasangan yang soleh dan
solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dahulu. Mintalah kepada-Nya, kerana
hanya Dia yang Maha Mengetahui jodoh
terbaik untuk kalian. Apa yang perlu kalian
lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi
jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh,
namun-mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata
dan hatimu. Ikutlah jalan Islam, pasti
bahagia selamanya… insyaAllah! <3 o:p="">
Sumber: www.iluvislam.com
No comments:
Post a Comment