Sunday, October 27, 2013

5 tips mudah memulakan perniagaan anda


Anda tahu tak sebenarnya nak bisness ni senang je? Tak perlukan modal besar pun. Mula dengan kecil-kecilan. Lepas, tu bila dah confident, barulah besarkan perniagaan.
 

Jadi, kenapa perlunya kita mempunyai bisness? Pertama, bisness ni kan sunnah nabi. Kedua, dapat duit poket tambahan, hidup lebih selesa dan dapat beribadah dengan tenang. Ketiga, dapat menyumbang lebih kepada Islam seperti Abdul Rahman Auf dan sahabat-sahabat yang lain seterusnya menjadi 'pencen' kubur kita di akhirat sana...

Nak tahu apa tips mudah berbisness?
Jom kita baca sama-sama.

 1. Kenali minat/bakat/kemahiran
Langkah pertama, kenali potensi anda dalam sesuatu bisness seperti bakat menjahit, memasak, menulis atau apa-apa sahaja. Jika tiada, kenali pula minat atau 'passion' anda seperti melancong, membaca, berfesyen dan lain-lain. Kenal pasti juga masalah atau kesukaran yang dihadapi oleh orang sekeliling anda. Itu adalah peluang bisness anda jika anda mampu menyelesaikan masalah mereka.

 
 2. Cari ilmu/ belajar dari mentor
Untuk solat, anda perlu mempunyai ilmu solat dan belajar praktikal daripada ustaz. Begitu juga halnya dengan bisness. Anda wajib mempunyai ilmu dan mentor yang dapat membimbing anda untuk berjaya.

 
 3. Bina networking
Untuk menjadi usahawan, anda tidak boleh melakukan semua perkara seorang diri. Anda memerlukan pembekal, pengeluar, pengedar dan lain-lain. Jadi, mulalah membina networking perniagaan anda.

 4. Sentiasa berfikiran positive
Berkawanlah dengan orang yang sentiasa berfikiran positive dan selalu menyokong anda. Jauhkan diri daripada golongan yang suka mengkritik, berburuk sangka dan ingin menjatuhkan anda.

 
 5. Berdoa dan berserah pada Allah
Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, mintalah pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Janganlah disebabkan bisness, andai lalai dan leka untuk mengingatiNya. Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH akan menjaga kita. Selepas itu, bertawakal.
 "Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya"
 (Surah Al-imran : ayat 159)
 
 Semoga bermanfaat. Jom berniaga!!
 

No comments:

Post a Comment