“Suhana, kau pernah minat
pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
“Pernah lah,” jawab saya.
Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
“Kalau kau suka, kau akan
buat apa?”
“Aku akan berdoa dalam
hati… “Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah
dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” ” jawab
saya.
“Oh…” terdiam seketika
kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti
pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan
dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut.
Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu
mencalarkan maruah diri dan sebagainya. Jangan jadi manusia
terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah
seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti
bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah
itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan
anda.
Seringkali kerisauan
mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina
yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa ikatan nikah! Atas alasan takut diri
tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima
tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh
tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara
diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun,
jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah
bermuhasabah.




