LUBAINA. Nama yang tercatat pada IC. Ringkas tetapi jarang
didengar. Orang selalu bertanya, "Apa maksud Lubaina?" Saya akan
menjawab, "Lubaina adalah nama seorang Sahabiyah". Jadi, apa kisah
hidup beliau?
Soalan yang tidak pernah saya tahu jawapannya sehinggalah pada
suatu hari ketika saya menghadiri kuliyah bersama Professor X.
Prof. X
: Saya nak mulakan kelas dengan taa'ruf. Jadi, sila perkenalkan diri.
Saya
: Nama saya Lubaina.
Prof. X
: Hmm. Unik nama tu. Apa maksudnya?
Saya
: Mak saya kata, itu nama seorang sahabiyah.
Prof. X
: Menarik. Tak pernah pula dengar kisah beliau. Boleh kongsikan?
Saya
: Errr....sebenarnya Prof, saya pun tak tahu...hehe.
Prof. X
: Lihat, rupa-rupanya banyak lagi kisah para sahabat yang kita tidak tahu. Padahal, para sahabatlah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW. Sirah perjuangan merekalah yang harus kita pelajari dan teladani.
Saya
: (#^.^#) (malu!)
Prof. X
: Kalau bab artis, sampai isu rumah tangga pun kita nak ambil tahu.
Saya
: (T_T) (insaf!)